Rabu, 31 Disember 2008

HIJRAH

salam.....
Alfatihah....
untuk ibu tiriku yg telah berhijrah kealam barzakh pada 28dis2008 yg lepas.
seperti coretan saya sebelum ini yg menceritakan tentang kisah seorang yg bergelar ibu tiri....
pada masa ini saya masih dalam kesedihan... seolah2 tidak percaya yg ibu saya telah pergi buat selama-lamanya....
saya sedih sebab saya takpuas menjaganya semenjak dia mengalami pendarahan dalam otak sejak 9hbdis yg lepas.
lebih 2 minggu dihospital dan 13hari dirumah...
rasanya tak terbalas jasanya yg telah menjadi ibutiri saya sejak 38tahun lepas.
maaf.... saya tak dapat menulis lebih lanjut lagi...
hanya....

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2009
SELAMAT MENYAMBUT BULAN MUHARAM.....

SEMOGA KITA MENDAPAT PETUNJUK DARI ALLAH
SEMOGA KITA MENJADI HAMBANYA YG PALING REDHA DALAM KETENTUANNYA
SEMOGA AGAMA ISLAM TETAP TERPELIHARA DISELURUH DUNIA DANDINEGARA KITA
SEMOGA BANGSA MELAYU TETAP TERPELIHARA DALAM ISLAMNYA
SEMOGA BANGSA MELAYU TETAP UTUH PERSAUDARAANNYA

JANGANLAH BERBALAH UNTUK APA TUJUAN SEKALIPUN
CUBIT PEHA KIRI,PEHA KANAN TERASA....

Rabu, 24 Disember 2008

apa nak jadi....

asalammualaikum....
sebenarnya saya tak faham apa nak jadi dengan org kita melayu dan rakyat malaysia sekarang!
cuba renungkan......

tidak bersyukurkah kita kalau dibandingkan dgn negara-negara yg sentiasa bergolak disebabkan berebut kuasa pemerintahan,
tidak bersyukurkah kita kalau dibandingkan dgn negara rakyat Palestine yg menumpang ditanah tumpah darahnya sendiri...
sekian lama merempat, diperlakukan seperti binatang oleh YAHUDI...
tidak bersyukurkah kita jika dibandingkan dgn rakyat IRAQ..
tidak bersyukurkah kita jika dibandingkan dgn rakyat AFGHANISTAN, negara diceroboh...
rakyatnya sentiasa diancam keganasan, keganasan terhadapwanita, keganasan terhadap kanak2. MAHUKAH negara kita jadi seperti NYA...

tidak bersyukurkah kita jika dibandingkan dgn negara2 lain yg sentiasa mengalami masalah terutama tentang tampuk pemerintahan seperti Thailand....
bayangkan siapakah yg menderita.... rakyat2nya...
apalah MALAYSIA jika dibandingkan dgnnya. siapa yg lebih rasuah.?

tidak bersyukurkah kita jika dibandingkan dgn negara2 EROPAH DAN BARAT yg sentiasa ada ancaman alam sekitarnya... gunung berapi meletup! ribut taufannya.... ribut saljnya.
gempa buminya... dan macam2 lagi....

dinegara kita cuma banjir sahaja yg menjadi ancaman.tapi macamana kerajaan mengambil berat!
segala2nya dibantu walaupaun kadang-kadang ada kelemahan sedikit itupun kelemahan dipihak bawahan.
tidak bersyukurkah kita jika dibandingkan dgn rakyat jiran kita INDONESIA.!
tanyalah mereka betapa mereka amat mengidamkan seandainya jadi rakyat malaysia.
tanyalah mereka kenapa sanggup bergadai nyawa dan harta semata-mata nak masuk MALAYSIA.
tanyalah mereka jika jadi rakyat malaysia apa perasaan mereka?
KALAU TIDAK kenapa negara ini dihujani oleh rakyat asing....
yang masuk secara halal dan tidak....
bagi mereka hujan emas dinegara kita
hujan batu dinegara mereka...

apalagi yg hendak dijeritkan!
apalagi yg hendak direformasikan!
apalagi yg hendak diubah!
apalagi yg hendak di.... dan macam2 lagi..
sentiasa bersyukurlah dgn apa yg kita ada...
lakukan perubahan yg dimahu dgn cara yg sepatutnya.
gunakanlah saluran yg betul..
dinegara kita tiada siapa tindas siapa. tak seteruk mana jika dibandingkan dgn negara lain.

kita merdeka pun dgn cara yg cukup terhormat.. melalui diplomasi
demontrasi hanya akan merugikan org yg tidak bersalah.
jangan ajar anak2 kita mendapatkan sesuatu dgn cara pemberontakan!
gunalah cara yg paling profesional , beradap dan terhormat.
mahukah negara kita jadi seperti negara2 lain yg asyik ada demontrasi2 jalanan.
TOLONG JGN JADIKAN ANAK2 KITA ALAT UTK KITA MENCAPAI HASRATKITA.
KITALAH YG AKAN MENCORAK ANAK2 KITA SAMAADA JADI NASRANIKE..ATAU APA?

SUDAH2LAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA!
KEPADA KAUM BUKAN BUMIPUTRA....
BERSYUKURLAH KAMU JADI RAKYAT MALAYSIA...
TAPI..... DAH BAGI BETIS JANGAN MINTA PEHA PULA.
kami tidak pernah mempertikaikan hak kalian sebagaimana kalian sentiasa mempertikaikan
hak kami sebagai majoriti bumiputra.
sekian lama kita boleh aman damai... mengapa tidak sekarang?
apakah kerana sekarang ni peluang yg paling baik yg patut dilakukan!
dimana.....
orang melayu sesama kita bercakaran sesama sendiri..
itupun disebabkan tindakan individu yg tidak puas hati kerana tdk dpt apa yg dihajati!
langsung tak memikirkan tindakannya itu hanya akan meruntuhkan bangsanya sendiri!
termasuk anak cucunya sendiri..
hidup bukan seribu tahun...
mati pun semua itu tak akan dibawa...
berkorbanlah demi maruah bangsa dan agama.
itu lebih baik....
mengalah bukan kerana kalah!
dan menang itu tak semestinya berjaya...
kadang2 yg mengalah itu adalah pemenangya...
dan yg pemenangnya itu adalah yg tewas

bukalah mata yg tak buta
dengarkanlah telinga yg tak tuli
berkatalah mulut yg tak bisu
berfikirlah akal yg tak beku
nilaikanlah dgn hati yg tak mati...
sekali lagi....
yg baik itu dtg dari ALLAH
yg buruk itu dtg dari diri saya sendiri.

apalah saya ini... yg tiada pengetahuan
apalagi harta, jauh sekali..
tapi... saya seorang insan yg cintakan kedamaian...
AHLAN WASAHLAN.

Ahad, 21 Disember 2008

salam..... ahlan wasahlan......
lama dah tak tulis dlm blogku ini. sibuk. satu minggu dihospital jaga mak kerana masuk wad.
kehendak allah mak jatuh dari katil ketika nak pergi bilik air. kehendak allah juga mak lumpuh sebelah badan dan ada darah beku di otak....
suatu cerita yg ingin saya kongsikan ialah suatu cerita kisah kehidupan seorang wanita yg
bergelar 'ibu tiri'. semasa dihospital seoarg pesakit disebelah katil mak, terdengar perbualan saya dgn doktor yg menyatakan bahawa mak saya itu bukan mak kandung.dia terkejut...
dalam zaman sekarang susah nak jumpa anak tiri nak mengambil berat mak tirinya.
lebih-lebih lagidia lihat ramai adikberadik yg dtg mengunjung dihospital.
semua adik beradikbetul ke... jawab saya ..ya! mak ini tak ada anak ...tak pernah melahirkan.
dah kahwin lebih dari 38 tahun dgn arwah abah. mak saya meninggal ketika umur saya 7tahun.
kahwin dgn mak ini ketika usia saya 9tahun. masa itu adik yg kecil berumur 4 dan 3 tahun.
saya kata...inilah mak saya, inilah mak yg saya kenali membesarkan kami dan menjaga abah
dan menjalankan tanggungjawab seorang isteri kpd suaminya bagai menatang minyak yg penuh.
tak pernah saya lihat mak tak pernah menghidangkan makanan pada abah. sebiji pinggan nasi pun abah tak pernah basuh. dalam keadaan tak sihat pun mak tetap gagah menghidangkan makanan untuk abah.
saya merasa sedih ketika selepas ayah meninggal 12tahun yg lepas... mak seperti tercari-cari sesuatu.... sehinggalah kini.
mesej yg ingin saya sampaikan ialah...hargailah ibu dan ayah ketika mereka masih hidup.
kalau kami boleh lakukan walaupun ibu tiri.. apatahlagi..ibu dan ayah kandung kalian.
hargailah apa yg kalian ada padahari ini.ibu dan bapa hanya satu sahaja. bukan 2 atau 3.
beruntung kalian kerana masih memiliki ibubapa....

Isnin, 8 Disember 2008

pengorbanan....

salam utk semua....

hari ini merupakan sambutan hari raya korban....
hujan telah turun sejak dari malam tadi.. hujan,teduh!hujan,teduh!
sekitar jam 4 ptg ini hujan masih turun renyai-renyai.. tak kemana-mana pun.
dihujung-hujung tahun seperti tahun2 sebelum ini memang banyak org yg terpaksa berkorban,
terkorban dan dikorbankan...
kebetulan tahun ini hari raya korban jatuh pada cuti persekolahan hujung tahun.



kejadian tanah runtuh dibukit antarabangsa telah mengorbankan beberapa nyawa,
bila mengingatkan bukit antarabangsa..ingatan terhadap abang yg sulungku yg telah kembali

kerahmatullah pd 25hb oktober lepas kembali berlegar. kediamannya di taman hilview.
aku tak dapat melihat wajahnya untuk buat kali terahkir... pada masa itu aku terpaksa berada
di Tasik Chinni,Pahang. Aku terpaksa berkorban untuk meneruskan perjalanan ketika menerima
panggilan tel sekitar jam 2.30 mlm. along dah tak da!

Patutlah mata kiriku asyik bergerak_gerak sejak dari bulan puasa yg lepas. aku sendiri merasa
tidak sedap hati seperti ada sesuatu yg akan terjadi.kini tinggallah kami 9 org adik-beradik
dari 10 org adik-beradik.
sehingga kini aku masih tidak dapat melupakan arwah along... walaupun dia seorang yg sangat
garang pada zaman mudanya..almaklumlah bekas seorang tentera..tapi bila dia dah bersara sebagai
tentera dia menjadi seorang yg sangat peramah terutama pada budak2. dah tua2 macam ni barulah
kami dapat memeluknya setiap kali ingin pulang selepas melawatnya. along kena kencing manis dan
kaki kirinya terpaksa dipotong sehingga keparas lutut.
mengingatkan kakinya yg dipotong dikebumikan di kl tapi jenazahnya dikebumikan di jelebu ,n.sembilan kg isterinya.
memang sedih bila mengenangkan permintaanya beberapa tahun sebelum meninggal, yg mengatakan
kalau dia mati jenazahnya ingin dikebumikan disebelah pusara ayah di kg kami di kapar.

apa nak buat, dah takdir tuhan..disitulah dia disemadikan.aku terpaksa redha menerima ketentuan Allah. yg pentingnya aku tdk pernah lupa utk mendoakannya disana bersama dgn abah dan emak.
semoga ALLAH mengampunkan segala dosa mereka dan menempatkan mereka digolongan org2 yg dikasihinya...Amin.....

Rabu, 3 Disember 2008

.: Celoteh Murai 16

.: Celoteh Murai 16
salam kepada semua.

dewasa ini berbagai isu yg timbul berkenaan orang melayu. bagiku aku merasa bangga menjadi seorang seorang melayu. aku bangga dengan lagenda melayu seperti laksamana hang tuah, hang jebat, puteri gunung ledang, nenek kebayan, tokoh -tokoh pahlawan dulu2 spt tok janggut,tok bahaman, tun teja dan ramai lagi. aku amat berbangga dilahirkan sebagai seorang melayu. bagiku melayu sesuatu bangsa yg unik. sifat yg ada pd org melayu seperti sopan santun,berbudi bahasa, lemah lembut, perihatin dan bermacam lagi sifat kebaikannya melebihi sifat buruknya spt phd. tapi.... itulah! tak ada benda yg sempurna didunia ini melainkan Allah.

aku selalu berdoa agar bangsaku tidak pupus, tidak pupus dari cara amalannya sebagai umat islam, tidak pupus dgn sifat kemuliannya. pakaian dan pemakanannya. aku mahu anak cucuku kelak agar tetap mengamalkan cara hidup seorang yg bernama bangsa melayu. 'TIDAK MELAYU HILANG DIDUNIA;.